17 August 2011

Surat Untuk Puan Shamsiah

Assalamualaikum Puan.

Puan, Puan ingat lagi tak saya? Nama penuh saya Adam bin Yahya. Saya ialah bekas student Puan sewaktu di Pusat Tamhidi USIM. Saya merupakan second batch Tamhidi Sains dan Teknologi. Saya ni student yang nampak pandai, tapi sebenarnya pemalas yang amat. Kalau saya rajin Puan, dah tentu-tentu saya sekarang final year student medic USIM. Er, kalau Puan tak ingat, tak apa Puan, sebab yang penting saya masih ingatkan Puan. Kan? Kan?

Puan, tujuan saya menulis ini, bukanlah mahu bertanya tentang khabar Puan, mahupun mahu bertanya berapa banyak jenis kuih raya yang telah Puan sediakan. Tujuan saya menulis ni adalah untuk mengadu kepada Puan. Lebih tepat lagi, untuk meluahkan perasaan kepada Puan. Kenapa Puan yang saya cari? Kenapa waktu sedih-sedih ni, saya teringat kat Puan? Dah tak ada orang lain ke kat dunia ni? Tak ada ke anak gadis yang sudi mendengar masalah saya? Ada dua sebab Puan.

Pertama, dah tentu lah sebab Puan comel. Puan sendiri yang mengaku. Haha.. Kedua, sebab saya ingat lagi dalam salah satu sesi kelas Biologi Puan, dimana Puan berkata bahawa lelaki ramai yang sakit jantung. Salah satu puncanya, kata Puan, adalah kerana lelaki ego, tak suka mengadu. Lantas Puan turut menasihatkan kepada jejaka-jejaka lain dalam kelas tersebut (Riduan, Aizat, Azfar, Mujahid, Illias, Haris dan Shahril) agar mengadu kepada saya jika mereka ada masalah. Lalu kami yang masih mentah, budak-budak lagi, hanya tersengih lebar dengan nasihat yang kami anggap gurauan dari Puan.

Sekarang, Saya dah dewasa(almost). Banyak dugaan, cabaran, sesalan, dan macam-macam lagi yang saya hadapi. Puan pun tahu dunia ni macam mana, Puan lagi dulu makan garam dari saya. Jadi, kalau mengikut nasihat Puan dulu, jika saya tak ingin menjadi pengidap hypertension, maka saya kena luahkan segala macam bebanan dalam dada dan otak saya ni. Tapi saya nak luahkan kepada siapa? Saya bukan jenis yang senang-senang mengadu kepada mak atau kakak saya. Walaupun saya anak bongsu.

Kawan? See, kami lelaki, bukan tak mahu meluahkan perasaan sesama lelaki. Kami sebenarnya takut nanti Nabi tak mengaku umat. Sesama Lelaki. Dengar pun dah seriau. Kalau ada pun masalah yang kami luah sesama kami, ia tak berkaitan dengan masalah yang melibatkan hati dan perasaan. Setakat masalah motor, kereta, politik, bola, Chong Wei, bencana, boleh. Masalah bibir mesra jiwa parah, sorry, no way.

Kalau bukan kepada lelaki, alternatif lain, perempuan. Tapi, masalah jugak Puan. Kami nak je ngadu masalah kepada perempuan yang kami rapat. Nak je merajuk ngan perempuan. Nak je manja-manja. Tapi. Macam mana nak cakap ye Puan. Macam ni lah. Katekan saya rapat dengan seseorang, katekan juga 'RN' namanya. Saya ada masalah, so saya telefon dia. Belum sempat saya cerita masalah, dia lagi dulu mengadu masalah. Saya (lelaki lain saya tak tahu) takkan sampai hati untuk cerita masalah saya kepada dia, kalau pada waktu yang sama dia tengah down dengan masalah dye.

Katekanlah juga suatu hari, saya kecil hati, dan saya merajuk. Puan nak tahu ape jadi? Akhirnya rajuk saya entah kemana, saya pulak yang kena pujuk dye. Jadi, masalah yang terpendam dalam hati akan terus tersimpan dalam hati. Tambah-tambah dengan ego lelaki sejati, "Takpelah, biar aku seorang yang susah, jangan orang lain pun susah same".

Kesimpulannye Puan, kebanyakan kami, lelaki, bukan tak mahu mengadu masalah, bukan tak mahu luahkan perasaan, bukan kami tak takut sakit jantung, bukan Puan. Tapi kami (kebanyakannya lah) lelaki, takkan sanggup untuk membuatkan seorang gadis sedih, susah hati, dengan masalah kami. Biarlah kami yang susah, asalkan awak (gadis/isteri) bahagia. Assalamualaikum hypertension, bila sampai?
"Kepada gadis-gadis/isteri-isteri diluar sana, bukan anda je yang ada masalah. Kami pun ada masalah. Kalu nampak kami macam ada masalah, muka berkerut, redakanlah jiwa kami dengan senyuman manis anda. Bila dah reda, tanyalah masalah kami, nescaya kami akan luahkan segalanya..."


*Puan, disclaimer: surat ini tidak menggambarkan tentang semua lelaki di dunia ini. Surat ini hanyalah luahan hati dan pendapat saya semata-mata. Saya juga bukan penghidap hypertension.